PERSIJILAN myGAP dan myOrganic
myGAP ini ialah satu skim yang mengiktiraf ladang-ladang yang mengamalkan Amalan Pertanian Baik (APB) dengan berteraskan konsep mesra alam sekitar, menjaga kebajikan dan keselamatan pekerja. Kelangsungan daripada konsep ini tidak lain adalah untuk manfaat pengguna hasil ladang tersebut iaitu rakyat Malaysia. Amalan Pertanian Baik (APB) Satu sistem pengurusan sumber di dalam pengeluaran pertanian secara baik dan lestari. Sistem ini dapat meningkatkan produktiviti ladang serta menghasilkan makanan yang selamat dan berkualiti dengan mengambilkira kebajikan, keselamatan dan kesihatan pekerja serta memelihara alam sekitar. Malaysian Good Agricultural Practice (myGAP) Satu skim pensijilan yang dirangka oleh Jabatan Pertanian pada tahun 2002 untuk memberi pengiktirafan kepada ladang-ladang yang mengamalkan APB berkonsepkan mesra alam sekitar, menjaga kebajikan dan keselamatan pekerja bagi menghasilkan produk yang berkualiti, selamat dan sesuai dimakan. myGAP merupakan penjenamaan sem