Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2023

PERSIJILAN myGAP dan myOrganic

Imej
  myGAP  ini ialah satu skim yang mengiktiraf ladang-ladang yang mengamalkan Amalan  Pertanian  Baik (APB) dengan berteraskan konsep mesra alam sekitar, menjaga kebajikan dan keselamatan pekerja. Kelangsungan daripada konsep ini tidak lain adalah untuk manfaat pengguna hasil ladang tersebut iaitu rakyat Malaysia. Amalan Pertanian Baik (APB)   Satu sistem pengurusan sumber di dalam pengeluaran pertanian secara baik dan lestari. Sistem ini dapat meningkatkan produktiviti ladang serta menghasilkan makanan yang selamat dan berkualiti dengan mengambilkira kebajikan, keselamatan dan kesihatan pekerja serta memelihara alam sekitar.   Malaysian Good Agricultural Practice (myGAP) Satu skim pensijilan yang dirangka oleh Jabatan Pertanian pada tahun 2002 untuk memberi pengiktirafan kepada ladang-ladang yang mengamalkan APB berkonsepkan mesra alam sekitar, menjaga kebajikan dan keselamatan pekerja bagi menghasilkan produk yang berkualiti, selamat dan sesuai dimakan. myGAP merupakan penjenamaan sem

CIKGU TANI

Imej
  Menampilkan Tip-tips, bahan menarik Dan Petua Tanaman untuk dikongsi oleh Cikgu tani kami Yang Diolah Secara Ringkas Dan Padat. Ia Sesuai Digunakan Sebagai Sumber Rujukan Dan Panduan Pantas Untuk Semua Peringkat Umur. Ia Juga Sangat Mudah Digunakan, Mesra Pengguna Dan Boleh Dicapai Melalui Telefon Pintar. JOM bersama-sama CIKGU TANI  
Imej
  PROGRAM PERTANIAN BANDAR Program Pertanian Bandar merupakan program yang membantu isi rumah bandar meringankan kos sara hidup melalui pengeluaran sendiri sebahagian daripada bahan makanan yang diperlukan melalui bimbingan Jabatan Pertanian. Program ini melibatkan penduduk di kawasan bandar dan pinggir bandar dengan kerjasama dan penglibatan pelbagai Jabatan dan Agensi yang berkaitan di peringkat Negeri dan Persekutuan. Pengintegrasian pertanian dalam perancangan dan pembangunan perbandaran adalah penting untuk pembangunan mampan dari segi pelbagai aspek kehidupan dan keperluan kehidupan bandar termasuk bekalan bahan makanan, penghijauan persekitaran, pengurusan air dan bahan buangan bandar, pendidikan serta riadah. LATAR BELAKANG Aktiviti pertanian di kalangan penduduk bandar bagi mengeluarkan bahan makanan sendiri merupakan satu pendekatan yang praktikal dan dapat mengurangkan perbelanjaan harian berikutan kenaikan kos sara hidup di bandar. Berdasarkan kepada situasi tersebut, Progr
Imej
  Industri Asas Tani (IAT) PEMBANGUNAN USAHAWAN INDUSTRI ASAS TANI (UIAT) (di bawah  Industri Asastani dan Keterjaminan Makanan )   Sektor pertanian disasarkan berkembang sebanyak 5% bagi tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9). Sektor ini diberi nafas baru untuk menjadi tunggak ketiga pertumbuhan ekonomi negara. Bagi merealisasikan matlamat yang telah ditetapkan, salah satu inisiatif yang diambil oleh Kerajaan adalah dengan melancarkan Program Pembangunan Usahawan Industri Asas Tani Nasional. Tujuan program ini adalah untuk membangunkan usahawan di bidang pemprosesan makanan yang menekankan pembangunan dan peningkatan kualiti produk ke pasaran global. Sehubungan dengan ini, aspek promosi, pemasaran, pembiayaan dan teknologi akan diberi tumpuan sebagai pemangkin ke arah mencapai objektif program ini. Penekanan juga diberikan kepada aktiviti pemprosesan atau nilai ditambah dan membangunkan usahawan industri asas tani nasional yang bersepadu ke arah peningkatan pendapatan kepada ma

RANGSANGAN PROJEK PERTANIAN

Imej
PROJEK PEMBANGUNAN PERTANIAN MAKLUMAT LANJUT SILA KLIK PAUTAN DI BAWAH. Pembangunan Industri Buah-buahan Pembangunan Industri Padi Pembangunan Industri Kelapa Pembangunan Industri Sayur-sayuran dan Tanaman Ladang HIP- Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Pembangunan Industri Komoditi Berpotensi Projek Kelulusan Khas : Pembangunan Industri Kelapa SILA MUAT TURUN BORANG-BORANG DIBAWAH SEKIRANYA INGIN MEMBUAT PERMOHONAN. BORANG - BORANG RANSANGAN PROJEK PERTANIAN   BORANG PROGRAM AGROPRENEUR MUDA BORANG PERMOHONAN PERTANIAN KOMUNITI BORANG PELANGGAN KUALA KANGSAR